About Me

My photo
i'm not a perfect person, but i have simple heart and simple love for you.. i always do something wrong becoz i'm juz a simple human !!!

" blog list "

Wednesday, June 3, 2009

in trouble....


kembalilah wahai diri yang alpa..


~ today, jiwa aku rasa kosong, sunyi, sepi... macam takde apa yang berlaku dalam hidup aku... Aku bangun dari tidur, bersiap menjalani rutin harianku..pergi ke kelas..Penuntut swasta seperti aku ini memang tiada pilihan melainkan menunaikan tanggungjawab di kampus...Adakala terbit rasa bosan dalam diri... "Sampai bila aku mesti mcm ni?..."


~ day by day, aku rasakan keseronokkan yang dulu pernah aku rasakan kini hampir hilang... Aku cuba untuk mencari ketenangan dalam diri tetapi makin aku cuba, makin teruk plak jadinya... macam ada yang tidak kena... yang paling malang sekali, aku asyik temper je lately ni..tp, aku cuba untuk menumpukan perhatian sepenuhnya pada tugas2 yang perlu aku selesaikan tapi gagal jugak... Fikiran melayang, otak jadi buntu sampai aku tak dapat memikirkan apa yang harus aku lakukan sebenarnya...


~ lagi2, akhir2 ni aku buntu utk membuat keputusan yg agak penting dalam hidup aku...aku benci buat keputusan..maklumlah, aku seorg yg cukup bermasalah utk membuat pilihan dan menentukan keputusan.. memang parah la jadinya... Tunggang terbalik hidup aku jawabnya... Aku rasa pelik, mengapa sekarang aku merasai dan mengalami semua ini?... Adakah ini tanda-tanda aku akan menghadapi masalah di masa hadapan?...


~ Aku akui, memang sejak kebelakangan ini banyak tekanan yang aku terima; dari segi plajaran, kerja, $$ dan sebagainya... aku merasakan bahawa ianya membebankan aku sehingga mengubah kelancaran perjalanan kehidupan seharian aku...Aku ingin sendirian... Aku perlu mencongak dan mengamati susur galur kehidupanku selama ini; apa yang kurang dan tidak kena sehingga ianya merubah diriku yang sebenar... Aku yakin, mungkin kerana terlalu banyak berfikir, aku lupa segala-galanya...


* Tidak, aku tidak boleh biarkan ianya berlarutan... bagaimana semua ini harus berakhir?? aku harus segera untuk membuat keputusan sebelum ianya menjadi barah..penentuan kepada sebuah kehidupan..aku tak boleh leka bermain dengan fantasi yang menipu PANCAINDERA dan MINDA..aku bukan hidup mcm dlm citer snow white or cinderella.. zai !!!! wake up !!! u've to make a decision right now..make it clear dear.. u yourself have to solve it..u've to.. oh ALLAH, plez help me..help me search my way back...oh ALLAH..crying in the middle of the night..


============lost============



Monday, June 1, 2009

"sacrifice"

sacrifice...pengorbanan...
~~~~~~~~~~~~~
sekadar ingin mengungkap pemikiranku about life and sacrifice..
pengorbanan...
aku sendiri masih tidak mengerti...apa itu pengorbanan...
namun, apa yang pasti setiap org mempunyai definasi dan alasan yg tersendiri...tapi banyak juga yg salah mentafsirkannya..tak terkecuali aku juga..
tidak aku nafikan..hakikat pengorbanan itu sangat pedih sebenarnya (bagi mereka yg benar2 melaluinya)..menyakitkan.. memilukan..
bak kata abang R..sifu aku...
pengorbanan itu adalah apabila kita melepaskan sesuatu yg kita sayang dengan serta merta atas sebab suatu tuntutan...satu kata2nya tak pernah aku lupa, "usah bicara soal perjuangan andai tak bisa berkorban"..it's quit complecated..


melepaskan sesuatu yg kita sayang??? its not a simple thing... hard to do babe...melepaskan..means, terpaksa membiarkan ianya pergi dengan hati yg rela..mungkin benar..dengan membiarkan atau melepaskan sesuatu yg kita sayangi itu adalah lebih baik daripada kita kita memilikinya..cuma persoalannya..adakah kita mampu..untuk melepaskannya.. kita ni manusia..yg punya hati juga perasaan untuk merasai apa itu sedih, suka, bahagia..yg punya akal untuk berfikir..yang punya jiwa letaknya semangat pemangkin kehidupan..untuk berkorban, jiwa harus kuat...tak mudah cembeng...tak gitu... :p

basically, berkorban ni bleh jd macam2 la..mungkin dari segi masa, wang, tenaga juga diri sendiri.. tapi harus dinilai juga, sama ada apa yg dikorbankan itu bersesuaian atau tidak..mungkin mengorbankan wang atau segala bentuk material, kita mampu lakukannya.. namun, utk mengorbankan/melepaskn 'perkara' yg kita sayang adalah tidak mudah..cakap saja mungkin mudah..tp utk melaksanaknnya adalah trlalu sukar..

Oleh itu, marilah kta fikir dan muhasabah, belajarlah untuk berkorban demi insan lain demi kebahagiaan org lain (jgn terlalu memikirkn kesenangan sendiri) dan hargailah sebuah pengorbanan..kerana di situ letaknya kepuasan sebuah kehidupan walaupun hakikatnya cukup memedihkan.. sedarlah wahai diri, apakah kita benar-benar bersyukur dengan apa yang kita ada? Allah tidak akan sekali-kali menzalimi hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa.. ujian yang diturunkan itu adalah untuk mengukur sejauh mana iktikad dan keimanan kita terhadap yang Maha Pencipta.

******************************

teringat aku kpd satu lagu yg membawa erti sebuah pengorbanan.. lagu yg aku sgt suke time aku 'baik' dulu.. an islamic song's from Hijjaz..one of the greatest nasyid group..which titled..

berkorban demi cinta...

Bermula gemilang cahaya

Petunjuk pimpinan yang Esa

Menempuh jalan hidup di dunia

Cabaran yang silih berganti

Dugaan mematangkan diri

Mengajar erti hidup ini

Berjuang berkorban demi cinta

Suka dan duka suratanNya

Mengenal makna jalan bahagia

Masa yang silih berlalu

Semakin hampir saat itu

Ya Tuhan tunjukkan

Moga selamat bersamaMu

Biarpun bersama kekurangan

Namun bersyukur kurniaan Tuhan

Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri

DenganMu ku punyai segala

Tak kan beruntung seisi dunia

Limpah kurniakan petunjuk bantuan

Tempuh hari yang mendatang

Semoga?

Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi

Setiap detik masa dalam amalan jua

Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan

Semoga dengan ini jambatan menemui

Cinta yang sejati

Itu yang abadi

Berjuang mencari iman taqwa

Perisai menempuh pancaroba

Penentu tempat rahmat bahagia

Seiring teman dan saudara

Pimpinan tauladan baginda

Ya Tuhan bantulah

Moga selamat selamanya

Hakcipta : Hijjaz Records Sdn

>>>>>>>><<<<<<<<

Tuesday, May 26, 2009

..managing emotions..

Topic of the day : Managing your emotions..

>Emotional intelligence is the ability to manage our emotions and those of others.
>The first step is to understand how our own emotions affect how we think and act.
>Also vitial to understand how our emotions affect others.
>Become more aware of other people's emotions, what impact they have on how they behave and on how we feel.
>Don't manipulate or suppress feelings. Understand, support and channel emotions as productively as possible.
>We think we are aware of our feelings, personal traits, strengths and weaknesses, but we are actually more aware of our failings than our good points.
>Why? Because the good we do comes naturally for us so we take it for granted and discount it by saying it was nothing or by saying surely everyone does that.
>You can't manage how you feel about things unless you are fully aware of both sides of yourself - good and not so good.
>Some people over emphasize their bad points and others are so good at defending themselves, without realizing it that they are always in denial.
********************************************

Steps to managing emotions more successfully :

Understanding your emotions
Controlling your
anger
How
happy are you?
Resolving
conflict
Assertiveness
Managing stress
Coping with
anxiety
Being less
defensive!
Burning the
candle at both ends?

Monday, May 25, 2009

BERTUAHNYA ISTERI...



Subject: Bertuahnya isteri dapat suami begini.....


(kisah ni aku tulis semula dari sebuah web yang aku da lupe ape namanya..)


"setiap wanita pasti mendambakanNYA.. "


>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<


INSYAALL AH...Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanyadia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi. Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya,termasuklah bau badan saya. Morningsickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh,minum tak nak, apa pun tak nak.Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya,iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah di luar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya. Sayabercerita kepadanya tentang Allah,zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak,isteri atau suami. Bagaimana?



1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).


2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.


3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah alfatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.


4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah di putuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya.Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat,banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihatyang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.


5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.



Pernah di zaman Imam Abu Hanifah(Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah."Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istime wajadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan".Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal,acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri. Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya.Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti. Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun nyenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin di sisi isteri hingga dia terlelap.Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang Tuhan. Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput, sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih di rumah kebajikan. Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah 'mama' nya seperti saya. Airmata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi. Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.Saya tidak mahu terus melayanperasaan,segera saya kuncikan pintudan ke kamar tidur.Isteri saya telahpun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya, memberi harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya."



Iman Itu Lebih Cantik Dari Sekalian Yang Cantik,

Nikmat Iman Itu Lebih Manis Dari Madu....

dan Memelihara Iman Itu Lebih Sukar Dari Meniti Sehelai Rambut..."


..................................................................................................................

* first love *


_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

talking about love, it may be a sensitive issues..and it is too subjective..what a pleasure if we could find true love, love till the ends of the breath...cinta tu ibarat layang2...perlu bijak bermain dengan talinya..tali jangan sampai terputus...layang2 dibiarkan terbang tinggi kekiri mahupun ke kanan..mengikut arah anginnya..tapi ingatlah, tali sebagai guidance kepada layang2..jika talinya rosak maka layang2 akan hilang arah punca..sehingga kadang kala layang2 hilang entah ke mana..atau mungkin tersangkut di celah pepohon kayu..
MEMANG cinta pertama sukar untuk dilupakan, apatah lagi mahu meminta melupakan cinta pertama.. Biarlah perasaan itu pergi dan datang dengan sendiri.. some says first love adalah kenangan dan akan kekal abadi. Semakin kuat berusaha untuk melupakannya, semakin sukar untuk berbuat demikian. This is becoz mind always keep thinking of him and therefor, influence our emotion. So, memaksa diri untuk melupakan sesuatu peristiwa itu seolah-olah memaksa diri melupakan sebahagian apa yang dilalui dan ia pastinya sukar untuk dilakukan.

Masa banyak membantu kita untuk melupakan seseorang. Bak kata pepatah, cinta akan hidup bersama waktu. Apabila waktu itu mati, matilah cinta. Anggaplah cinta itu seperti hujan, waktu lebat atau lama sekalipun pasti akan reda juga.
in love there's no true or false... Cinta itu buta dan sebab tulah sehingga kini, first love tu masih bertakhta di hati n sentiasa mengharapkannya kembali.Persoalan sama ada akan berkahwin atau tidak, biarlah TUHAN yang menentukannya. kita cuma mampu berdoa agar bertemu dengan orang yang benar-benar mencintai kita dan hati akan terisi dengan cinta sejati.

~~~~~~~~~~ love is a neverending story ~~~~~~~~~~



Sunday, May 24, 2009

true story of KAK JU...

..JU vs DEVIL..
_______________________________________________________
sebuah kisah benar tentang kak ju yang aku tulis semula berdasarkan pengalaman..
bukan rekaan, dongeng..mahupun fantasi...
________________________________________________________

Sabtu..jam sekarang menunjukkan jam 1.50..
Namun mataku tak mampu untuk dipejamkan..ntah kenapa malam ni agak susah untuk melelapkan mata…sekali-sekala, terdengar teriakkan kak ju.. membuatkan aku seringkali terkejut..kak ju(tak tahu nama sebenar) masih menjerit..meraung2..merapu…ntah apa…sungguh dahsyat..begitu kuat sungguh ilmu yang digunakan’nya’..kak ju.. sebaya kakak aku..sudah 2 tahun sakit..pada mulanya..dia dikatakan trkena sampuk..yela…selalu keluar..bila bawa berubat, ramai yang kata die terkena/ atau ‘terpjak’..macam2 lagi..tp..baru2 penyakit kak ju dapat dikesan..rupa2nya dia sudah terkena buatan org..org tu pulak dulu pernah jad jran kami..2 thn yg dulu, sebelah rumah aku telah disewa oleh sekumpulan org bujang..mula nya kisah, ade sorang mamat ni syok kat kak ju.. tp kak ju x layan kot..lepas beberapa bulan..mamat ni pindah..(ntah bile die pindah pun aku x tahu..die ilang cam tu jek)..mula time tu la kak ju sakit..asik menyendiri jek…bile malam ckp sorang2…die wat prangai pelik2….then, mak kak ju pun bw la g berubat…org sume kata die kene sampuk la..day by day, penyakit kak ju makin menjadi2..bukan makin baik…tp masih undercontrol la…lately ni jek yg menjadi2…kisah kak ju terkene buatan org ni terbongkar pada hari kelmarin kalo x silap(menurut cerita mak aku, kalo salah maaf la..) malam tu die tetiba meracau..cakap yg bukan2…tp ms tu bkn dia yg ckp..tp ‘org lain’….macam2 bahase lak kua(aku x tau la cmne bunyi nye..aku x tau..) dia ckp la…

’knapa ju x suka aku..aku suka kat ju..kenapa ju sombong…’
‘sebenarnya aku dah buat kau..’
‘aku dah tanam banyak barang depan rumah kau..’
‘semua yang jadi di sini aku yang buat..’
(2 bulan yg lepas 2 org budak kat taman aku diganggu oleh makhluk yg bernama “hantu raya”..)
‘aku akan buat kau merana sampai mati’
‘Biar sampai xde org nk kan kau..’
‘aku bagi kau makan Clorox ,kau x mati..’
‘aku bagi makan racun pun x mati2 lagi..’
(2 tindakakn di atas telah dilakukan oleh kak ju tanpa dia sedari sendiri..alhamdulllah..kak ju masih dapat diselamatkan..)

macam tu la lebh kurang yg diceritakan oleh mak aku..lihatlah..betapa kejamnya manusia..bila akal menguasai diri..hilang lah pergantungan hati terhadap ILLAHI..

mula2 nya aku x bape nk caye sgt la ape yg mak aku citer..(coz, aku x suke accept something yg aku x nmpk..)..tp malam ni aku saksikan sendiri keadaan kak ju..ms tu aku satu family br jek smpi umah dr SEREMBAN 2(g shopping la..pe lg..)…sampai je dpn umah, aku nmpk kete byk gile…nk2 kat area uma kak ju..aku da riso la..ye r..ramai giler cam ade org meninggal..mau tak cuak..pas parking kete , kami pu g la uma kak ju..senyap je…tibe je, ms aku kat dpn pagar umah kak ju..aku terkejut ble kak ju berlari ke arah depan pagar n menjerit..(ms tu aku btol2 berdepan ngan kak ju..tekujut sih..)

arrgghhh..‘aku nk kau makan racun…’ arrghhh…eerrghhh….heerrrrgghhh.. (giler x sound effect aku..hahahahhaa..)

time tu, bulu roma aku pun sibuk2 nk berdiri..meremang sih..tekejut aku dibuatnya..btol la ape yg diceritakan oleh mak.. melihat keadaan kak ju mcm tu, aku pun cepat2 balik umah..bukan TAKUT….cume aku x bersih…so, b4 it become worst, aku rs better aku balik..setan kan suke time2 cmni..aku rs cam nk tolong je…tp x tau nk tolong mcm mana… ya tuhan…….

aku masih tidak boleh melelapkan mata dek kerana teriakkan kak ju yang semakin kuat..

‘aarrghh…eerrgggghh…pergi…..jgn ganggu aku…arrrrrrrrrrghh…’(mcm2 jenis bunyi)

kadang kala kes kak ju ni membuatkn aku terfikir..how great is love power..sehingga membuatkan seseorang itu buta..dan sanggup melakukan apa saja..oleh kerana tidak mendapatkan cinta kak ju…lelaki itu sanggup membuat kak ju tersiksa dan menderita..yelah..mungkin pada dia..kak ju tak terima dia..dia fikir kak ju tak boleh dimiliki oleh sesiapa..yelah…daripada berputih mata..apa omputeh kata, do or die..ape yg aku mengarut nih…that’s y die wat kak ju cm tu kot…nauzubillahi min zalikh..mintak jauh la aku dari semua benda ni..
tp ble dipikir balik..bodoh jugak org yang 'wat' kak ju ni..drpd die wat kak ju cm tu..baik die wat kak ju jadi suke kat die..at least die dpt kak ju gak..hahahha..dlm pandai ade gak bodoh nye..hahahahha..(tp ni xpatut dicontohi..aku juz ckp r...)

kak ju masih lagi menjerit…
menurut kata ustaz tadi yg mengubat kak ju, katanya bukan sedikt ‘benda’kat badan ju ni..dah terlalu banyak…(kesian kak ju…)
dia kena lawan ‘benda’ ni..bukan mudah..takut x termampu oleh kudratnya…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ya Tuhan sembuhkanlah kak ju.. andai benar dia yg bersalah..janganlah kau hukum dia sebegni…tunjukkanlah dan bukakan lah seluas2 nya pintu hati ‘si pembuat/pengganggu’ kak ju.. agar die menghentikan segala gangguan ini…lembutkanlah hatinya untuk memaafkan kak ju..kembalikan lah die ke jalan asal..jalan yang engkau redhai..sesungguhnya, engkaulah TUHAN yg membalik2 kan setiap hati milik manusia..
amin2 ya mujibassa ilin…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jam menunjukkan 2.45pg..mata aku pun da bg isyarat lampu merah..tanda utk aku berhenti..tp..stiap kali mata aku nk terlelap..suara kak ju menjerit mengejutkan aku..
emmm…
apa yang mampu aku buat????
Berserah???
Buat x tau??
How if it happen to U ???????
Eemmmmm…
Nk tido lahhhhhhhh….
Moga kak ju cepat sembuh..
**********************************************
pesanan :
jagalah setiap tindakan mahupun lisan..
"kerana mulut badan binasa"..
jadikanlah, kisah ini sebagai pengajaran di masa hadapan...
____________ends____________

Wednesday, May 20, 2009

am i a shopaholic ???


am i a shopaholic??? you judge...
i shop when I'm bored, i shop when in need, i shop for fun!
act, it depends on your definition of the word...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SHOPAHOLIC

The term shopaholic used to mean someone who liked to shop, maybe a little too much. Now being a shopaholic may mean that you are a compulsive shopper who spends beyond your limits, buys things you have no use for, and uses shopping as a way to feel better temporarily.

Some believe that the compulsive shopper or shopaholic is actually suffering from an addiction (having a compulsion to a commit a behavior, being unable to stop a behavior, and continuing the behavior despite harmful consequences). Research now shows that addictive behavior often provides a momentary lift in mood. A flood of “good feeling” producing hormones rewards a shopaholic. Unfortunately the lift is not permanent, and the shopaholic must go out and shop more in order to find the next boost in hormones.

In a sense, when one is shopping, they are given a few moments of good mood. This is a momentary mental reward. So it encourages one to repeat the pattern in order to feel that “high” produced by shopping and purchasing.

Needing shopping, just like needing any other activity or drug to regulate mood suggests that mood is already in chemical imbalance.

Often restoring chemical balance, through medications like anti-depressant, can help curb some of the urge to shop. However, this is only one half of the equation. As a person becomes a shopaholic, he or she not only physically depends on the shopping for chemical balance, but also emotionally depends on the shopping.

This can be especially difficult, since most of us need to shop from time to time. You cannot simply go “cold turkey” if you are a shopaholic. You will probably still need to occasionally shop for things like groceries, and this can lead to regression in fighting the addiction.

Just like any other addict, the shopaholic must want to quit. Very little can be accomplished until there is a sincere desire to end the behavior. For some this only occurs when they hit rock bottom. Hopefully, recognizing the signs early can help one curb the behavior in its infancy, so it does not become an addictive behavior that controls one’s life.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


what can i say is...

I completely agree that in this day and age, it is an addiction. A shopaholic actually needs control and a guardian and a certain credit limit. A shopaholic can also become angry . . . when anyone won't take them shopping, the shopping takes full precedence over the person.

I know because I have had this experience . Nothing can help except fear. And that isn't enough to stop. And negative feedback is not enough to stop shopping.

actually,I do go shopping when I get stress of people around. and it proofs me..i become so comfortable with it which is ok n i suddenly turn to feel better. however, it should be controlled to avoid addiction. my point of all this, go shopping is a good thing where it help us to get out of stress but not being a shopaholic. n ianya harus diingat n dikawal supaya tak jadi ketagih..

what say U...?

*______*