About Me

My photo
i'm not a perfect person, but i have simple heart and simple love for you.. i always do something wrong becoz i'm juz a simple human !!!

" blog list "

Tuesday, September 29, 2009

'' Rasa Hati ''

Rasa hati...



'' Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada Junjungan kami, Nabi Muhammad, doktor semua hati dan ubatnya, menjadi sihat semua badan dan kesembuhannya, cahaya semua penglihatan dan terang gemilangnya. Dan selawat serta salam semoga terlimpah pula kepada keluarga dan para sahabatnya..''



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



HENDAK DITANGISI TAK MAMPU LAGI
HENDAK DISAYANGI SUDAH TAK SUDI
HENDAK KU PERGI TIADA ARAH DESTINASI
KERNA YANG ADA SUDAH TAK MENEMANI...


ku tahu, air mata bukanlah juzuk murahan, yang dialir tanpa sedar, tatkala apa yang diharapkan tak seindah yang digambarkan...mendidik manusia itu terlalu berat dan payah untuk dilaksanakan.. namun, itu bukanlah alasan, kerana tugas mendidik itu merupakan suatu tanggungjawab yang dituntut..mendidik manusia itu menuntut kesabaran dan kekuatan jiwa yang jitu..namun terkadang aku tewas dalam keramahan, kemanisan gelak tawa dan suara2 manja mereka..bila rasa sayang melebihi segalanya, hati tewas tuk berkata kebenaran juga teguran...
tiada apa yag kuharapkan melainkan baja yang ku semai ke atas baka2 ini agar menjadi matang dengan didikan yag sempurna supaya ia kenal erti diri juga dunia yang tidak akan kekal lama.. sayang2ku, bangkitlah, sedarlah...usah leka dan asyik dengan dunia yang memfanakan.. bangkitlah dengan jiwa matang..kita bukan slamanya menjadi anak kecil yang saban kali bermain dengan senda gurau.. kita semakin dewasa..maka dewasalah dengan akal yang waras.. kerana kita adalah pewaris di masa hadapan..
sayang2ku, kutahu, jalan ini sungguh asing buatmu..kerna kamu masih belum mengenali erti jalan ini..benar,ia amat memedihkan dan meletihkan..namun itu bukanlah alasan.. jangan sesekali berundur..jangan jadi makhluk pengecut..kerana kita punya maruah.. tamatkan apa yang telah kita mulakan..di situ ada kepuasannya yang menanti..
semoga kita bisa berjuang bersama...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
…ʽʽjanganlah kita menjadi penyebab kepada perpecahan bangsa
dan menjadi sebab kepada kehancuran agama…”
Al- Marhum Ustaz Haji Hanafi

0 comments: